Pages

Tuesday, April 10, 2012

HAYATI PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA

RENUNG SEJENAK....................

Hai saya nak share sesuatu artikal bukan sahaja artikal tapi adalah suatu kewajipan kepada setiap umat islam dalam membahagikan harta pusaka si mati............

Tahukah anda apa itu hukum faraidh?
Bagaimana pembahagian harta pusaka di agihkan secara adil?
Disini saya ingin share pada warga umat islam apakah itu faraidh dan cara pembahagian nya..........

Faraidh berasal daripada perkataan faradha di dalam bahasa arab yang bererti ketentuan atau kepastian. Faraidh dari sudut warisan atau harta pusaka beerti bahagian yang telah ditetapkan mengikut hukum syara' untuk ahli waris.
Disini hukum faraidh ialah ketetapan yang diberikan Allah tentang kedudukan harta yang ditinggalkan oleh si mati atau hukum yang diberikan Allah dalam menangani pemprosesan pembahagian harta warisan kepada yang berhak.
Hukum atau tatacara pembahagian harta waris melalui faraidh adalah wajib.


Cara pembahagian harta pusaka iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih daripada dua maka bahagian mereka ialah dua pertiga daripada harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja maka bahagian nya ialah seperdua (separuh harta).





No comments:

Post a Comment